Absrak - Air bawah tanah di dalam batuan metasedimen di Malaysia yang terekah adalah sumber air berpotensi untuk air minuman dan kegunaan industri. Industri pertanian, pembotolan mineral air, pembuatan dan padang-padang golf adalah diantara industri yang mengambil air tersebut daripada batuan terekah. Sebanyak lima puluh lapan telaga tiub kepunyaan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dibeberapa tempat di pantai barat semenanjung Malaysia telah diperiksa tentang penghasilan dan kualiti airnya. Penggerudian dengan kaedah putaran tekanan udara telah digunakan untuk membina telaga sehingga kedalaman maksimum 200m.
Air Dalam Bumi
Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).
Bekalan air
Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat. Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu mencetuskan peperangan di masa akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.
Kitaran air
Kitaran air ataupun kitaran hidrologi merupakan sains air, kajian tentang air di Bumi, kewujudan, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut.
Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BOREING WATER ENT Beralamat Solok Duku 78300 Masjid Tanah.Adalah Sebuah Syarikat anak Melayu yang menjalankan perusahan mencari gali air ba...
-
Boreing Water Tuib Wall Depth for depth on any given site, hand-dug wells may yield more water than tubewells, but tubewells 100 o...
-
Boreing Water Ent, Sedang menjaya kan sebuah mesin,Bagi kegunan menggerudi tanah.Bertujuan untuk menyediakan,Telaga Tiub atau p...
-
Absrak - Air bawah tanah di dalam batuan metasedimen di Malaysia yang terekah adalah sumber air berpotensi untuk air minuman dan kegunaan ...
My Blog List
-
-
Tragedi di Himpunan Sejuta Belia 12.30-2.00 pagi - Drag Racing Tajaan UMNO/BN - Tragedi di Himpunan Sejuta Belia 12.30-2.00 pagi - Drag Racing Tajaan UMNO/BN Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa t...1 hour ago
-
Patutlah dia sanggup hadiahkan Lamborghini.. Banyak untung yang akan dikautnya.. tengok syarat-syarat ni.. - Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’...10 hours ago
-
-
Protes Burger depan rumah Ambiga kantoi! - MALAM tadi ReJaM© ada menonton stesen TV propaganda United Malays National Organization, TV3 Al-Musyrikin melalui siaran Buletin Utama tentang kisah protes...2 weeks ago

0 ulasan:
Post a Comment